cinta itu sumber kebahagiaan, sekaligus sumber kesedihan.
kerana pada saat kita mendapati cinta itu, maka, saat itulah kebahagiaan muncul...
tapi pada saat cinta itu hilang maka saat itulah cinta berubahmenjadi kepedihan......

May 22, 2011

cinta untuk selamanya

dulu,aku pernah jatuh cinta..
dunia seakan akan indah tanpa celanya,
dulu, aku pernah rasa sayang,
rasa cinta,
terhadap seorang insan bernama lelaki,
kerana cinta,
aku menyanjung tinggi seorang lelaki,
kerana cinta,
aku sanggup menahan sakit rindu yang sehingga kini tiada ubatnya,
kerana cinta juga,
ku pegang erat janji kita untuk bersama selamanya,
namun keindahan dunia tidak selamanya manis,
kau pergi bersamaNya
entah mengapa aku sukar menerima pemergianmu,
walau telah kucuba bertahun tahun lamanya,
namun cintaku padamu tidak pernah pudar kerana aku tahu kau masih setia menunggu kehadiranku 
biarpun disana kamu ditemani Yang Maha Kuasa,
sesungguhnya benar hati dan cintaku hanya untuk kau seorang,
tiada insan kedua yang bakal bertakhta dalam jiwa ini melainkan kamu.
insan yang bernama AIZAT... 
BACA SETERUSNYA - cinta untuk selamanya

May 21, 2011

50 tips memikat lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
BACA SETERUSNYA - 50 tips memikat lelaki

6 minggu 6 bulan 6 tahun

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!


Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!


Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?


Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!


Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!


TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

BACA SETERUSNYA - 6 minggu 6 bulan 6 tahun

perpisahan ini

disini bermulanya pertemuan yang terakhir
kehilangan amat terasa dihati
mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
kuterima perpisahan ini

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanya sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan..
hanya lagu yang menjadi kenangan..
seandainya masa itu kembali semula
inginku memiliki lebih dari itu

mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
kuterima perpisahan ini
perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
dirimu pergi  biarku sendiri

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua hanyalah sementara

hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
inginku memiliki lebih darimu


aizat amdan


1st edition




BACA SETERUSNYA - perpisahan ini

April 10, 2011

April 08, 2011

inikah kita?



 Inikah Kita Di Hadapan Allah?
 

"Ustaz, saya kerap tak khusyu' dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT" 

"Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham" 


Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat  kepada saya.
Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman.
Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin 'straight forward' boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa :
 
وكان الإنسان أكثر شيئ جدل
Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )


Cubaan Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman Menjawab :
 
"Apa pandangan anta jika ada seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dibiarkan berada di hujung cerun bangunan 20 tingkat, apa agaknya perasaan kanak-kanak itu?, agaknya dia rasa takut atau tidak berada di situ ?" Tanya saya.
 
"Sudah tentu dia tak berapa takut ustaz, kita pulak yang takut biasanya" jawabnya dengan yakin.
 
"Ok, saya nak tanya lagi, apa pula perasaan kanak-kanak tersebut jika dibawa di hadapan seekor harimau yang sedang lapar agaknya?" uji saya lagi.
 
"sama je ustaz, dia tak endah pun, silap haribulan…mungkin budak tu peluk je harimau tu" sambil ketawa kecil dijawabnya kali ini.
 
"tepat sekali, bagaimana pula jika anta berada depan harimau yang sama? Takut tak agaknya?"
 
"mestilah ustaz.." balasnya.
 
"anta minat durian tak?" saya bertanya.
 
"uii suka sangat tu, favorite saya" tersengeh pemuda itu, nampak lapar terus dia bila sebut nama durian 

"macam mana respond kanak-kanak umur setahun jika letak durian yang tajam kulitnya itu depan mata dia, dia suka macam anta tak?" 

"tak la ustaz, mana budak macam tu tahu durian tu sedap..susu je yang dia tahu sedap" jawabnya.



Itulah Jawapan 

Itulah jawapan bagi soalan anta tadi, anta tanya saya kenapa anta tak khusyuk dalam solat sedangkan anta tahu sedang berada di hadapan Allah SWT…
"Macam mana tu ustaz" berkerut pemuda ini cuba memahamkan dirinya.
Begini..
Kanak-kanak tadi tidak merasa gerun atau takut berada di hujung cerun bangunan tinggi mahupun di hadapan harimau lapar dan juga tidak bergembira sangat bila diberikan durian yang sedap itu.
Berbanding orang dewasa yang apabila diletakkan di cerun bangunan dan di depan harimau lapar, sudah tentu kita berasa takut dan berlari pecut !. Ini kerana ILMU dan KEYAKINAN kita tentang bahayanya keadaan itu. Malah suasana itu sudah cukup menaikkan hormon Adrenaline kita kita untuk bertindak dengan pantas menjauhkan diri dari suasana bahaya itu. 

Berbeza kanak-kanak umur setahun tadi kerana dia masih belum cukup ILMU dan TIADA SEBARANG KEYAKINAN tentang erti bahaya di cerun dan depan harimau, malah dia tiada juga ilmu tentang sedapnya durian itu.

Itulah jawapannya, bila kita mengucapkan di dalam doa iftitah kita

 إني وجهتُ وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفاً مسلماً
Ertinya : "Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku di hadapan pemilik langit dan bumi dalam keadaan sebagai seorang muslim yang suci"


Tidakkah kita merasai kehebatan dan kebesaran Allah SWT, yang merupakan pemilik langit, bumi dan segala isinya. Tidakkah kita dapat merasakan kerasnya bentuk 'azab yang boleh diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan lemahnya kita untuk menghadapi sebarang bencana tersebut..tetapi mengapa masih lagi kita tidak khusyu dan hormat serta gerun berada di hadapan Yang Maha Berkuasa seperti ini?
 
Ia tidak lain, tidak bukan..kerana ilmu umat Islam kini tentang kekuasaan Allah SWT dan keyakinannya terhadap dahsyatnya bentuk azab Allah SWT adalah amat cetek, secetek kanak-kanak berumur 1 tahun tadi.


Justeru, bilakah kita ingin menaikkan ilmu kita ke paras ilmu orang dewasa apabila berhadapan Allah SWT?

Kita kerap bersifat orang dewasa dengan menjaga segala macam pergerakkan, prototol dan segala adab bila berhadapan dengan inidividu berpangkat di dunia. Apakah kerana kita beriILMU dan YAKIN bahawa rezeki kita di pegang oleh orang sebegini?.
Benar, Islam amat menggalakkan menghormati orang lebih tua serta ketua kita. Masalahnya bukan disitu; tetapi ilmu, keyakinan dan hormat kita yang sepatutnya diserlahkan apabila berhadapan dengan Allah SWT kelihatan diserap hebat oleh penghuni dunia dan isinya, sehingga yang berbaki untuk Allah SWT adalah sisa-sisa perasaan hati sahaja.  
Padahal, seluruh milik mereka adalah sementara dan semua kita adalah amat amat lemah.
Cita-cita mendewasakan iman dan ilmu terhadap Allah SWT ini tidak akan dapat sama sekali dicapai dengan perangai malas membaca dan menghadiri kuliah agama.
Konsert dan akademi di banjiri, web melalaikan ditumpui tetapi kuliah dijauhi. Inikah inidividu yang mendakwa ingin berada di syurga Allah bersama para Nabi dan menikmati nikmat yang tiada tamanya..

Inikah usaha kita untuk memperolehi nikmat berpanjangan akhirat?.
Inikah kita?
Inikah kita bila berhadapan dengan hukuman larangan Allah dari dosa riba yang maha besar serta seluruh larangan Islam yang lain..masih ingin berdebat walaupun sedar, ia hanyalah untuk menegakkan benang basah dan meneruskan bisnes diri.


Sekian
Oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
BACA SETERUSNYA - inikah kita?

tatapan penuh kasih sayang



Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih

mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini". Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya... ..

If you can touch it and you can see it, it's REAL.

If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT.

If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL.

If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.
BACA SETERUSNYA - tatapan penuh kasih sayang

March 26, 2011

cerpen: takdir @ kebetulan?

Jam di tangan telah menunjukkan tepat 8.00 malam. Aku tercari-cari bas ekspress yg bakal ku naiki. Aku kegelisahan,mungkinkah bas tu dah meninggalkan ku? Aku sepatutnya berada di stesen bas 10 minit sebelum pukul 8.00 malam tapi kerana cuti yg tidak dirancang ini, ia membuatkan aku kelam-kabut utk mengemas barang-barang.

"Ya Allah.. permudahkanlah urusan ku ini.. ameen",doa ku di dalam hati. Tiba-tiba Aiman,temanku yg menghantar ku tadi menarik pergelangan tanganku.

"Wazzir,cepatlah.. itu bas untuk ke Batu pahat kan?" tunjuk Aiman pada sebuah bas ekspress yg baru saja hendak bergerak itu.

Setelah bersalaman dengan Aiman, akupun bergegas menahan bas tersebut. Mujur aku masih sempat lagi. Aku mencari tempat duduk kosong. Alamak.. serba-salah aku nak duduk kerana di sebelah bangku kosongku telah ada seorang muslimah bertudung labuh. Aku memerhatikan bangku-bangku lain, manalah tahu ada bangku kosong, dapatlah aku elakkan daripada duduk di sebelah muslimat yg bukan muhrimku itu. Dalam aku terpinga-pinga itu.. lantang suara pemandu bas berteriak ke arah ku menyuruh agar aku segera duduk.

"Ya Allah..hindarkan diriku dari melakukan sesuatu yg boleh menghamburkan daku ke dalam nerakaMu... ameen", sekali lagi aku berdoa pada Ilahi.

Sedang aku leka berzikir di dalam hati, tiba-tiba terdengar esakan dari gadis di sebelahku. Aku terasa serba-salah dan kerana simpati, aku memberanikan diri untuk bertanya kepada dirinya. Erm.. rupa-rupanya keluarga si gadis berkenaan telah mengaturkan pertunangan untuknya.

"Tahniah.. tapi mengapa perlu bersedih, sepatutnya saudari merasa gembira dengan berita pertunangan ini atau mungkin saudari sudah ada pilihan lain agaknya".. ujarku sambil menduga gadis tersebut.

Gadis itu menyeka air matanya.."Saya sedih kerana khuatir calon yg dipilih oleh keluarga saya itu bukannya seorang muslimin, iaitu seorang lelaki yg betul-betul berpegang dengan tali-tali Allah. Saya hanya mengharapkan seorang lelaki yg dapat membimbing saya ke arah kebaikan".

"Erm.. saudari dah pernah berjumpa ke dengan calon suami saudari tu? InsyaAllah.. ana pasti si dia tu adalah lelaki yg soleh".. aku cuba menenangkan gadis berkenaan.

"Belum lagi. Jika benar dia seperti apa yg anta katakan tu.. syukur ana pada Ilahi. Anta tahukan.. tiada yg lebih berharga bagi seorang muslimah melainkan dapat bersuamikan mereka yg beriman. Ana bukanlah bercita2 tinggi utk mencari lelaki yg wara’ tapi cukuplah jika kehadirannya dalam hidup ana ini akan membuatkan ana lebih hampir kepada Al-Khaliq.”

Aku tersenyum.. beruntung bagi lelaki yg akan memperisterikan gadis ini.. dia bukan saja beriman malah bijak juga berkata2.. “InsyaAllah..ibubapa anti tentu arif dengan kehendak anaknya dan ingatlah anti, tiada ibubapa yg ingin anaknya hidup susah”. Aku cuba mengerling wajah gadis di sebelahku namun wajah itu tersembunyi dalam kegelapan malam dan dari tadi wajah itu asyik memandang ke luar tingkap di sebelahnya.

“Jika anti sangsi tentang keimanan lelaki tersebut, ujilah dia dengan kebijaksanaan anti. Islam juga membenarkan gadis membuat pilihan… ia tidak tertakluk pada kaum adam sahaja. Dan yang penting jangan sesekali anti lupa mengerjakan solat isikharah meskipun anti telah bertunang dengannya. Kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan, selagi belum diijabkabulkan..selagi itulah anti perlu tekun dgn solat sunat tersebut, moga anti diberikan petunjuk.. insyaAllah..” ujarku dengan panjang lebar..

Tersenyum gadis di sebelahku…”Terima kasih atas kata2 nasihat itu, insyaAllah akan ana jadikan azimat utk meneruskan hidup ini”, ujarnya dengan penuh bersemangat. Tiada lagi esakan darinya dan kupasti hanya senyuman manis menghiasi bibir.

Selepas itu keadaan menjadi sepi. Kubiarkan gadis itu melayan perasaannya. Fikiranku juga melayang mengingatkan keluarga di kampung. Tanpa kusedar, perjalanan yg hampir 11 jam itu telah sampai ke destinasinya.

Sebelum turun dari bas, sempat ku berpesan kepada gadis tersebut, “Saudariku.. andai saudari menerima pinangan tersebut, ikhlaskan cinta itu semata2 utk mendapat keredhaan Ilahi. Moga saudari berjaya membina Baitul Muslim yg diidamkan..”

“Terima kasih. Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta. Assalamua'laikum..” ujar gadis itu perlahan.

“Waalaikumussalam… insyaAllah, berdoalah pada Ilahi.” Mataku sempat menatap sebujur wajah lembut di hadapanku itu… “MasyaAllah… ayunya gadis di hadapanku ini”, ujarku di dalam hati. Keayuaan itu seakan terserlah di sebalik tudung labuh berwarna biru muda yg dipakainya.

**********************
“Erm… ada masalah apa mak dan ayah suruh Wazzir pulang ke kampung dengan segera ni” tanyaku kepada kedua ibubapaku. Kepenatan yg terasa ketika dalam perjalanan tadi hilang apabila dapat menatap wajah mereka berdua. Ibubapaku hanya tersenyum. Aku memandang mereka dengan seribu persoalan.

Rupanya mereka telah memilihkan seorang calon isteri buatku. Terkesima aku dibuatnya. Patutlah beria2 benar suruh aku pulang, mujur cutiku masih banyak lagi. Ibu mengatakan bakal tunanganku itu seorang ustazah dan mengajar di pantai timur. Lantas ibu menghulurkan sekeping gambar.

Sebaik menatap gambar tersebut, terngiang-ngiang kata2 gadis yg kujumpa dalam bas tadi … “Alangkah indahnya andai bakal tunangan ana mempunyai peribadi seperti anta…”

“Ibu, siapa nama gadis ni bu…?” ujarku dengan nada gembira. Alahai..kenapalah aku lupa untuk bertanya nama gadis yg duduk di sisiku dalam bas tadi.

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari
Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disiram Nur Kasih

Lagu kegemaranku.. "Nur Kasih".. nyanyian kumpulan In-Team... berkumandang di corong radio.
BACA SETERUSNYA - cerpen: takdir @ kebetulan?

February 16, 2011

untuk selamanya

Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tegar melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan air mata menemani
Langkah ku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
takdir ku terima

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tegar melukaiku

Sampai bila akan begini menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan air mata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini
Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
takdir ku terima

Oh Tuhan tunjukkanlah cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi untuk selamanya
BACA SETERUSNYA - untuk selamanya

February 09, 2011

Because Im stupid



Kepalaku Terasa Amat Sakit
Kau ragu-ragu aku satu untukmu
Oleh itu kau memerhati insan lain
Ku tak fikir ku menyukainya

Satu hari nanti kau kan tinggalkan ku
Tanpa sebarang kenangan
Dan kau enggan menyedari
Tangisanku yang berlinang

Gembira melihatmu pergi
Namun hatiku masih belum pasti
Akhirnya aku berpaling

Ku rindu menatap wajahmu
Hari-hari berlalu payah dilalui
Ingin ku lafaz ku cinta padamu
Bersendiri ku menangisimu
Bersendiriku merindumu
Sayang, ku cintamu, ku menunggumu

Satu hari nanti kau kan tinggalkan ku
Tanpa sebarang kenangan
Dan kau enggan menyedari
Tangisanku yang berlinang
Ku amat terluka kernanya
Memandang senyum manismu
Sayang ku tak mampu membalasnya
Ia mengingatkanku dikau waktu itu
Hari sedih yang melukakan
Aku mahu lafaz ku cintakanmu
Bersendiri ku menangisimu
Bersendiriku merindumu
Sayang, ku cintamu, ku menunggumu

Bye bye usah ucap selamat tinggal
Ku tidak mampu menahanmu pergi
Perlukan mu tapi tak daya beritahu
Ku mahu bertemu denganmu
Kau mahu mencarinya
Teringatkan dikau waktu itu
Bersendiri lagi menangisimu
Bersendiri lagi rindukanmu
BACA SETERUSNYA - Because Im stupid