hari ini aku diselubungi kedukaan,
tapi kau disana bersukaria,
semalam kau bersedih,
aku disini berdoa semalaman agar kesedihan itu pergi.
kenapa antara kita tak disemaikan satu perasaan yang sama
iaitu perasaan ingin saling menyayangi dan juga saling mencintai
tahukah engkau bahawa hati ini hanya milikmu seorang.
hanya kau yang mempunyai kunci kepada hatiku yang sekian lama terkunci rapat.
aku menunggu kehadiranmu untuk membuka kunci pintu hatiku.
tanpa engkau aku berjanji tidak mau membukanya.
hanya engkau satu satunya yang mampu.
hanya engkau seorang.
pulanglah segera ke sini,
batinku dah terlalu terseksa menunggu kehadiranmu.
pulanglah sayang.
akan ku berjanji tak akan pernah menduakanmu..
No comments:
Post a Comment