cinta itu sumber kebahagiaan, sekaligus sumber kesedihan.
kerana pada saat kita mendapati cinta itu, maka, saat itulah kebahagiaan muncul...
tapi pada saat cinta itu hilang maka saat itulah cinta berubahmenjadi kepedihan......

December 02, 2010

mengapa berjumpa untuk berpisah

mengapa mesti kita berjumpa untuk berpisah?
sedangkan dihati kita masih menebal rasa kasih dan sayang itu..
alangkah indahnya kalau rasa sayang antara kita diteruskan sehingga ke jinjang pelamin,
dan terlalu indah kalau engkau tau betapa berertinya dirimu dalam hidupku,
tidak nampakkah lagi pengorbanan yang telah aku lakukan selama ini.
mengapa perpisahan juga yang menjadi pengakhiran perkenalan kita,
sesungguhnya aku mengimpikan lebih dari itu,
lagi sekali ku bertanya, mengapa kita berjumpa untuk berpisah..
tapi andainya ini takdir yang ditetapkan, aku pasrah dan aku rela dengan semua yang berlaku,
kerana aku tau DIA yang menentukan hidup ini dan bakal ada juga masa hadapan yang perlu aku corakkan seindah pelangi..
aku tak akan mengalah dengan sejarah yang lepas walaupun ianya terlalu pahit untuk ditelan.
sunnguhpun hati ini sukar mengakuinya,
biarlah perpisahan itu yang akan mematangkan kita,
seperti matangnya keputusanmu untuk memutuskan perhubungan kita.
terima kasih wahai kekasih...

No comments:

Post a Comment