Wahai insan yang teristimewa,
kulayar buatmu puisi terindah.
Mungkin buat tatapanmu saban hari.
Kau hadir di samping aku
tika aku memerlukanmu.
Senyumanmu,
Tawaanmu,
Lagakmu,
tidak pernah aku kaburkannya
walau masa akan terus mengubah dirimu.
kulayar buatmu puisi terindah.
Mungkin buat tatapanmu saban hari.
Kau hadir di samping aku
tika aku memerlukanmu.
Senyumanmu,
Tawaanmu,
Lagakmu,
tidak pernah aku kaburkannya
walau masa akan terus mengubah dirimu.
Duhai dunia yang luas,
duhai insan yang punyai hati,
duhai kehidupan yang bernyawa,
tika saat ini,
aku tersenyum kerana dia,
tidak bisa lagi untuk aku mencari jalan yang lain.
duhai insan yang punyai hati,
duhai kehidupan yang bernyawa,
tika saat ini,
aku tersenyum kerana dia,
tidak bisa lagi untuk aku mencari jalan yang lain.
Hadirlah kau untukku buat selamanya,
aku sudah tidak mampu
untuk pergi lagi dari pandanganmu.
Kaulah teristimewa dalam kehidupan aku.
akan aku curahi dirimu dengan
segaris kasih sayang.
Aku selami buatmu
erti kasih itu.
Akan aku teguhi
erti setia buatmu.
walau apa pun,
kau adalah yang teristimewa
buat insan sepertiku…
aku sudah tidak mampu
untuk pergi lagi dari pandanganmu.
Kaulah teristimewa dalam kehidupan aku.
akan aku curahi dirimu dengan
segaris kasih sayang.
Aku selami buatmu
erti kasih itu.
Akan aku teguhi
erti setia buatmu.
walau apa pun,
kau adalah yang teristimewa
buat insan sepertiku…
No comments:
Post a Comment